Friday, 5 October 2012

surat untuk awak

Sekian lama kita merasai nikmat cinta
Namun rindu yang hadir tidak pernah berkurangan....
Ianya umpama lautan yang tidak pernah surut...
Umpama awan yang bercelana didada langit...
Rinduku ini tetap menggebu
Walaupun adakalanya ianya menyentuh kesepian duniaku...

Setelah aku mengenali cintamu
Aku sering ditemani rindu yang dibayangi dengan keharuman cintamu..
Aku melangkah dengan sejuta senyuman
Rindu yang bertandang begitu mempersonakan kalbuku
menyemarakkan jiwaku  yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata
Aku terpana dengan cinta ini
Yang membuatkan aku sering mendamba kehadiranmu di sisi

Aku yakini dirimu bertakhta dihatiku
Seperti kata u
Akulah bunga dihatimu
Nyanyian rindu ini tidak pernah terhenti
Kerana akuamat mnyayangimu

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Post a Comment